ANTARA KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG.




Pengalaman yang dialami oleh wanita mengandung dalam tempoh ini berbeza, namun persamaan yang semua mereka boleh kongsikan adalah perhatian khusus yang harus mereka dapatkan sepanjang fasa ini. Ini adalah disebabkan perubahan fizikal mahupun hormon yang berlaku di dalam fasa ini mampu mengganggu emosi mereka dan yang akhirnya apabila tidak diberi perhatian dan dibiarkan. Secara langsung akan mempengaruhi perkembangan bayi di dalam perut.

Ada beberapa tips dan persedian yang boleh dilakukan oleh wanita mengandung di luar sana untuk membantu dan memudahkan mereka disepanjang tempoh kehamilan mereka ini.



Pemeriksaan PreNatal

Pemeriksaan prenatal ini wajib untuk dilakukan bagi memastikan kesihatan si ibu dan bayi. Melalui permeriksaan ini juga perkembangan dan tumbesaran bayi akan dapat dipantau. Doktor selalunya akan berikan khidmat nasihat atau panduan kepada ibu hamil sesuai dengan tahap kesihatan mereka setiap kali janji temu. Dengan cara ini penyakit kronik seperti diabetis atau tekanan darah tinggi dapat dikawal dan dielakkan di kalangan wanita hamil.




Aktiviti Fizikal.

Bersenam dan aktif dalam tempoh kehamilan merupakan salah satu faktor yang akan dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi semasa melahirkan nanti. Dan dalam pada masa yang sama dapat membantu mengawal berat badan dan kurangkan masalah bengkak kaki kepada bumil (Ibu Hamil). Tapi kena berhati-hati elakkan daripada melakukan aktiviti yang extreme atau melakukan senaman yang berat yang boleh membahayakan kandungan anda. Sebaiknya adalah lebih baik untuk meminta khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Beriadah akan dapat membantu dengan emosi ibu hamil.


Senaman yang yang boleh dilakukan ibu hamil mengikut trimster




Support sistem

Sokongan moral daripada pasangan, keluarga dan kawan-kawan dapat memberikan impak yang positif kepada kesihatan emosi dan fizikal wanita hamil, secara langsung juga akan mempengaruhi bayi. Kehamilan boleh menjadi masa yang mencabar bagi mereka yang pertama kali, dan apabila perubahan yang berlaku secara fizikal membuatkan ada di antara mereka yang kurang keyakinan diri. Serta bermacam-macam perasaan yang mereka alami daripada perubahan hormon yang berlaku di sepanjang tempoh kehamilan ini. Maka di sini lah sokongan moral sangat mereka perlukan. Tanpa sokongan moral wanita hamil mungkin akan cepat stress dan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang nantinya akan membahayakan kandungan. 





Diet yang seimbang
Tempoh kehamilan akan membuatkan bumil akan mempunyai 'Cravings' yang kadangkalanya tidak dapat dikawal. Namun begitu diet yang seimbang akan membantu mencegah masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis ataupun kenaikan berat badan yang tidak terkawal. Diet yang seimbang akan dapat membekalkan nutrisi yang penting untuk ibu mengandung serta bayi untuk membesar dengan sihat.




Suppliments

Dengan diet yang seimbang suppliments atau makanan tambahan juga adalah sangat diperlukan untuk ibu hamil. Ini adalah disebabkan suppliments ini berfungsi untuk menutup jurang nutrisi yang tidak terdapat daripada pemakanan seharian yang diambil oleh ibu mengandung. Ibu yang mengandung memerlukan vitamin seperti, Kalsium, Vitamin C, Folik asid, Minyak, Protein yang bagus untuk menyokong perkembangan bayi dan kesihatan si ibu.




Tips :

Banyakkan membaca buku berkaitan tentang kehamilan.
Dengan membaca dan belajar tentang kehamilan melalui buku atau melalui video akan boleh dapat membantu ibu hamil untuk menangani perubahan yang berlaku kepada mereka tanpa perlu merasa risau dan takut. 


Persediaan bersalin.
Untuk elakkan tiada barang keperluan yang tertinggal semasa pergi ke hospital, sebaiknya segala keperluan harus disediakan terlebih awal demi keselesaan si ibu.


Semoga perkongsian Jess bermanfaat dan dapat membantu para bumil di luar sana ya. Tahniah dan selamat menjalani tempoh kehamilan kamu. Semoga sentiasa sihat dan happy!

Dan kalau kamu berminat untuk dapatkan vitamin set mengandung Shaklee boleh hubungi Jess melalui link yang Jess kongsikan di bawah.

See you guys on my next Post!

Love, Jess.

No Telefon : +6019-8213831 (Lebih cepat KLIK SINI)

Facebook Jasica Rabica
Facebook page : Shaklee Agent - 0198213831


Choose Health, Choose Shaklee

#pengedarshakleelabuan #pengedarsahshakleekotamarudu #shakleedistributorseluruhsabah #shakleedistributorseluruhmalaysia

















No comments

Cute Sprout Pot