Kemurungan / Depression ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kemurungan adalah gangguan kesihatan mental yang serius yang mempengaruhi perasaan, pemikiran dan tingkah laku seseorang. Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah emosi dan fizikal serta mengurangkan kemampuan seseorang untuk beraktiviti dalam kehidupan seharian. Kemurungan bukanlah hanya sekadar perasaan sedih yang sementara namun keadaan yang berlarutan dan memerlukan perhatian atau pun rawatan.
Penyebab Kemurungan.
Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada masalah kemurungan ini antaranya :
- Faktor Biologi : ketidakseimbangan kimia otak
- Faktor Genetik : Keturunan ahli keluarga yang sebelumnya yang kemurungan
- Faktor Psikologi : Trauma, personaliti atau pengalaman masa lalu.
- Faktor sosial & persekitaran : Disisihkan, penyalahgunaan,atau masalah kewangan
- Faktor kesihatan : Penyakit kronik atau pun perubahan kepada hormon.
- Faktor Gaya hidup : Penyalahgunaan dadah atau alkohol, kurang tidur.
Ciri-Ciri Utama Kemurungan.
Tanda-tanda kemurungan boleh berbeza bagi setiap individu, namun antara gejala umum yang dialami serta boleh dikenalpasti adalah seperti berikut :
1. Perubahan mood :
- Rasa sedih, kosong atau merasa tidak berharga sepanjang masa.
- Rasa putus asa atau pesimis.
- Rasa bersalah / tidak berguna.
- Kehilangan minat / keseronokan dalam aktiviti yang dinikmati sebelum ini.
- Suka mengasingkan diri dan menghindari interaksi dengan orang lain.
- Menarik diri dari hobi / aktiviti rutin.
3. Perubahan fizikal :
- Penurunan / peningkatan berat badan yang ketara tanpa sebab.
- Gangguan tidur seperti insomnia (sukar tidur) atau hipersomnia (tidur berlebihan)
- Penurunan tenaga / keletihan yang berlebihan.
- Pergerakan / pertuturan yang lebih lambat dari biasa.
4. Perubahan kognitif :
- kesukaran untuk menumpukan perhatian, membuat keputusan / menggingat perkara.
- Pemikiran yang lambat / terjejas.
5. Emosi terganggu :
- Rasa mudah marah / gelisah
- Rasa cemas / tegang.
- Menangis tanpa sebab yang jelas
6. Fikiran dan tingkah laku negatif :
- Pemikiran tentang kematian & bunuh diri.
- Cubaan untuk mencederakan diri sendiri / bunuh diri.
7. Gejala fizikal lain :
- Sakit badan, sakit kepala / masalah pencernaan tanpa sebab yang jelas dan tidak dapat dirawat dengan rawatan biasa.
Mengenali tanda-tanda awal awal kemurungan dan mencari bantuan daripada profesional kesihatan mental adalah penting untuk mencegah perkembangan kemurungan yang lebih serius.
Rawatan Kemurungan.
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilakukan bagi membantu seseorang yang mengalami kemurungan ini.
- Terapi psikologi :
- Terapi Kognitif-Perilaku (CBT) : membantu mengenali dan mengubah pola pemikiran negatif.
- Terapi Interpersonal : Fokus kepada hubungan dan peristiwa kehidupan yang berkaitan dengan kemurungan.
- Ubat-Ubatan :
- Pengambilan ubat antidepresen in selalunya bagi mereka yang mengalami kemurungan yang serius, ubatan ini dapat membantu mengimbangkan bahan kimia otak berkaitan dengan mood.
- Perubahan Gaya hidup :
- Banyakkan melakukan aktiviti yang sihat, pemakanan sihat dan melakukan meditasi.
- Sokongan sosial :
- Bercakap dengan keluarga, rakan yang dipercayai atau lingkungan orang-orang yang boleh menyokong dan memberikan kita semangat.
Mendapatkan bantuan profesional adalah sangat penting dalam mengatasi kemurungan. Dengan rawatan yang tepat seseorang yang mengalami kemurungan boleh sembuh dan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif.
Selain daripada itu, Makanan tambahan juga sangat penting dan mampu untuk mengurangkan gejala kemurungan seseorang. Antara Vitamin dan nutrient yang dapat membantu mengurangkan gejala kemurungan seperti ;
- Vitamin D
- Sumber Vitamin D boleh didapati daripada Sinaran Matahari, ikan berlemak, dan suplemen vitamin D
- Vitamin B12 dan Asid folik (B9)
- Sumber boleh didapati di dalam daging, ikan, produk tenusu dan sayuran berdaun hijau.
- Vitamin B6
- Penting untuk pengeluaran neurotransmitter yang mempengaruhi mood, seperti serotonin dan dopamine. Sumber boleh didapati daripada ayam, ikan, kentang, dan pisang.
- Asid Lemak Omega-3
- Sumber boleh didapati dari ikan salmon, sardin, dan suplemen minyak ikan.
- Magnesium
- Sumber yang baik termasuk kacang, biji-bijian, sayuran berdaun hijau, dan bijirin penuh.
Pengambilan vitamin dan nutrisi melalui makanan seharian adalah digalakkan dan sangat penting apalagi ia diperlukan bagi mereka yang ingin merawat dan mengurangkan masalah kemurungan yang dialami. Selain daripada sumber daripada semulajadi ini mereka juga boleh cuba cara lain dengan mengambil set vitamin daripada shaklee. Yang merupakan set yang dapat membantu mengurangkan masalah kemurungan. Ini adalah disebabkan Set ini dilengkapi dengan Vitamin dan nutrisi yang juga terdapat di dalam pemakanan semula jadi di atas.
Menambah set suplemen ini ke dalam rutin harian mereka boleh memberikan manfaat tambahan, seperti meningkatkan sistem imun, memperbaiki kesihatan tulang, menyokong kesihatan jantung, atau mengurangkan sakit saraf dan sendi. Setiap Vitamin ini mempunyai fungsi dan manfaatnya yang tersendiri namun apabila ia diambil bersama-sama manfaat dan fungsinya akan lebih banyak.
Set vitamin ini juga sebenaranya sangat sesuai diambil oleh orang yang sibuk berkerja dan terutamanya yang berkerja di dalam suasana kerja yang tinggi dengan tekanan. Vitamin ini bukan sahaja boleh menstabilkan mood tetapi juga mampu memberikan seseorang itu tenaga dan rehat yang mencukupi.
untuk order boleh tekan link yang ada dibawah dan kamu akan terus berhubung dengan saya.
No Telefon : +6019-8213831 (Lebih cepat KLIK SINI)
Choose Health, Choose Shaklee
#pengedarshakleelabuan #pengedarsahshakleekotamarudu #shakleedistributorseluruhsabah #shakleedistributorseluruhmalaysia
No comments