Hi awesome people! Kita jumpa lagi ☺️
Kamu apa khabar? Sihat ke?
ataupun... masih tengah tercari-cari Vitamin? belum ada bah boleh cari sini ⇢ Shaklee_byJasica
Entry Jess kali ni berkaitan dengan projek yang Jess join selama 2 minggu iaitu PROJEK MEGA BLOG SHAKLEE 1.0 yang organized by group EUPHORIA. Dari projek ni kami dapat pendedahan tentang macam mana platform ini boleh membantu kami untuk kembangkan bisnes online dan membantu lebih ramai orang bukan hanya dari sosial media sahaja tapi dari seluruh dunia. Hebat kan?!
Bagi Jess Mega Blog Shaklee ini sangat membantu lebih-lebih lagi untuk orang yang baru pertama kali berjinak-jinak untuk blog. Tidak susah pun untuk start sebenarnya, sebab Master-master hebat ni guide para peserta step-by-step dari perkara paling basic iaitu 'cipta akaun blog' sehinggalah cara untuk post entry and share link ke sosial media para peserta itu sendiri. Masa kelas tu Jess tidak sempat join real time zoom meeting, tapi Jess masih boleh access kelas tu next day daripada rakaman facebook live yang ada di dalam group.
Tajuk entry Mega Blog Shaklee 1.0 yang pertama kami dapat adalah INTERMITTEN FASTING dan tajuk entry kedua ialah SET KURUS SHAKLEE selain daripada itu, projek ini kami buat secara berkumpulan. Di mana sparring partner ini telah ditentukan dan diumumkan sejurus selepas tajuk entry diberikan.
The task is actually quite simple yet tricky, macam dalam gambar di atas. Setiap ahli kumpulan wajib include link peserta yang di atas nama mereka, sebab itu kena rujuk senarai nama yang diberikan untuk tengok partner kamu siapa. Dari Mega Blog Shaklee 1.0 ini lah Jess berkesempatan untuk kenal kawan baru, dan Jess bersyukur sangat sebab dapat sparring partner yang helpful dan encouraging. Jess sedar juga bahawa communication antara team itu sangat penting dan akan effect performance dan flow sepanjang buat task ni. Maksudnya, kalau kalau kau sudah siap article pun tapi your sparring partner belum siap then you won't be able to publish your article and submit your task. Sebab link sparring partner tu kamu perlu untuk include dalam article kamu. Tricky kan hehe
Daripada apa yang Jess nampak program Mega Blog Shaklee 1.0 secara langsung mengajar para peserta untuk keluar daripada zon selesa. Apa lagi lepas Jess baca artikle sparring partner Jess dan peserta yang lain, penulisan dan penyampaian mereka sangatlah kreatif. Cabaran Jess sepanjang program ni adalah dari macam mana mau hasilkan artikle yang bagus dan mudah untuk difahami pembaca.
Sebelum Projeck Mega Blog Shaklee 1.0 ni Jess cuma gunakan platform ni untuk update benda yang bodoh-bodoh ja macam yang Master Norita cakap haha... but this time, I found the real purpose of this blog. All thanks to this program.
Hadiah Jess dapat dari Mega Blog Shaklee |
Kreativity yang ditunjukkan oleh peserta lain melalui projek Mega Blog Shaklee 1.0 ini bagi Jess banyak idea untuk entry blog yang Jess akan kongsikan pada masa akan datang. Paling penting adalah dapat increase my sales! Amen!
Dengan berakhirnya Projek Mega Blog shaklee 1.0, now kita sambung lagi dengan Projek Mega Blog Shaklee 2.0. So... Jess sangat tidak sabar untuk join dan pastikan kali ni Jess akan hasilkan artikel yang lebih baik daripada sebelumnya dan mengikut panduan yang ditetapkan oleh Master Salwa dan Master Norita selaku organizer dan moderater projek ini. Target Jess daripada program kali ini semoga menerusi perkongsian Jess. Akan lebih ramai orang yang akan tertarik untuk membaca perkongsian Jess. Selain daripada itu juga akan dapat membantu orang ramai tidak kira mereka berada di mana sahaja, secara langsung sales Jess meletup-letup haha. So projek kali ni, kita tengok apa pula cabaran dia okay. Adakah Jess akan jadi burung hantu lagi untuk siapkan artikle? Let see haha...
Habis Project nanti Jess akan share pula dengan kamu okay!
so stay tune and see you on my next post!
Jom follow sosial media Jess :
Choose Health, Choose Shaklee
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleelabuan
No comments