BERPUASA SECARA BERSELA atau lebih dikenali sebagai INTERMITTEN FASTING (IF) merupakan trend yang sangat popular di seluruh dunia pada masa kini. Terutamanya di kalangan mereka yang ingin mengawal dan mengurangkan berat badan.
Banyak kajian menunjukkan bahawa Intermitten Fasting ni bukan sahaja berkesan dalam membantu mengawal & menurunkan berat badan malahan, sangat membantu dalam mengawal kadar gula,lemak dan kolesterol dalam darah.
INTERMITTEN FASTING TU APA???
Actually ramai beranggapan yang Intermitten Fasting (IF) ni adalah diet, tetapi sebenarnya bukan. Diet lebih tertumpu kepada apa yang kita makan, manakala Intermitten Fasting(IF) lebih tertumpu kepada bila kita perlu makan.
Intermitten Fasting adalah pola makan yang mengikut jadual kitaran terdiri daripada eating window (tempoh masa dibolehkan makan) dan fasting window (tempoh masa berpuasa).
MANFAAT INTERMITTEN FASTING
- Membantu untuk mengurangkan keradangan.
- Membantu meningkatkan Hormon pertumbuhan (HGH)
- Membantu mencegah Kanser
- Membantu melambatkan proses penuaan
JENIS INTERMITTEN FASTING.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan Intermitten Fasting dan ini bergantung kepada had serta keselesaan setiap individu.
Sekiranya anda first timer yang baru mau buat IF. Jess cadangkan kamu start dengan 12:12 sebab tempoh masa eating window dan fasting window tu pendek. Pada masa yang sama kamu akan lebih mudah untuk kenalpasti had kamu dapat bertahan untuk terus berpuasa.
Lepas tu slowly kamu boleh tukar ke 14:10 dan seterusnya ikut masa kamu dan kebiasaan badan kamu berpuasa.
Bagi sesetengah individu yang ingin melihat perubahan yang cepat dan ketara mereka akan lebih memilih OMAD (One Meal A Day) di mana mereka hanya makan sehari mengikut masa mereka.
dan Meal Skipping pula ialah berpuasa selama 24jam. di mana individu ini hanya akan makan keesokan hari.
Namun, antara semua jenis IF orang ramai lebih memilih 16:8 termasuk Jess sendiri, disebabkan Jess rasa lebih senang, dan senang untuk konsisten.
TIPS UNTUK INTERMITTEN FASTING BEGINNER.
- Selagi masih boleh bertahan cuba untuk panjangkan Fasting window : lengahkan masa berbuka 30minit lambat untuk latih badan anda agar boleh berpuasa lebih lama.
- Berbuka dengan small portion : Boleh cuba berbuka dengan benda yang ringan contohnya sup atau protein dan tunggu 20minit sebelum makan makanan yang berat.
- Minum banyak air : Boleh minum kopi atau teh tapi pastikan kosong. Tanpa campuran gula atau creamer.
- Puasa pada hari yang sibuk : Ini akan memudahkan kamu untuk tidak berfikir tentang makanan.
- Elakkan pergi ke tempat yang membolehkan kamu rasa ingin makan : Sembunyikan makanan dan letak di tempat yang tidak mudah kelihatan
- Listen to your body : sekiranya kamu merasa pening atau lemas. Break your Fast!
- Kencing manis
- Kurang darah
- Masalah eating disorder
- Wanita mengandung
- Ibu berpantang dan menyusu badan
Adalah lebih baik sekiranya kamu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Dengan ini cukup dulu perkongsian Jess tentang Intermiten Fasting ni. Kalau kamu masih mau tau lebih detail lagi bekenaan dengan intermitten fasting ni , boleh baca dekat page kawan Jess ya, perkongsian tentang INTERMITTEN FASTING sis Izura ni lagi Detail.
Semoga perkongsian Jess ni dapat membantu dan bermanfaat buat kamu. Sampai jumpa lagi di posting Jess yang seterusnya!
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleelabuan
No comments