TIPS TRAVEL YANG KAMU WAJIB TAHU

 


Hai darlings! Apa khabar? Semoga Sihat selalu ya tidak kira dari mana pun kamu sedang baca blog Jess kali ni. Perkongsian Jess hari ni adalah berkenaan dengan travel. Bila becakap pasal travel ni memang topik paling Jess excited. Yang selalu orang panggil sekarang "pergi healing" haha.

Tahun ni Jess lebih banyak healing dalam Sabah sahaja dulu, bukan macam sebelum pandemic ni tiap tahun healing di negara orang hahah. So kamurang pula healing pergi mana pula?

Ada beberapa Tips Travel yang Jess mau kongsi dengan kamu sebelum pergi healing, tips ni untuk memudahkan perjalanan kamu dan juga supaya kamu tidak buat kesilapan yang sama Jess pernah buat semasa travel nanti.

1. BUAT RESEARCH.

Gais ingat sebelum kita pergi bercuti di satu tempat tu kita mesti buat research tempat tu, sebagai contoh apa yang kita boleh dan tidak boleh buat di situ, orang cakap dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Setiap tempat ada adat dan budaya yang tersendiri dan macam mana kita mau orang luar datang tempat kita dengan cara yang bagus jadi kita pun kena buat perkara yang sama di tempat orang.

Research ni sangat penting sebab satu dia akan memudahkan lagi kamu untuk atur perjalanan kamu secara langsung akan menjimatkan masa, dan juga menjimatkan kos semasa kamu travel.

Salah satu contoh yang kamu boleh belajar daripada pengalaman Jess adalah masa Jess pergi healing di Bali, masa ni Jess langsung tiada buat apa-apa research dan Jess dan kawan-kawan Jess guna pakej sekali dengan guide untuk bawa kami pusing-pusing di Bali. Kalau sahaja Jess buat research dengan baca blog orang yang sudah pergi travel di Bali atau tengok video ka mungkin Jess akan tahu tentang pemakaian semasa kita mau melawat temple-temple yang terdapat di Bali.

Sebab masa ni Jess banyak packing seluar pendek dan baju tidak berlengan. Rupanya kalau kita mau masuk temple pakaian kenalah sopan. Digalakkan untuk pakai baju yang tutup bahu dan tutup lutut. Masa ni memang kami direct dari pantai so Jess pun tidak tahu pasal tatacara pemakaian masuk pergi temple ni. Jadi setiba kami di sana baru guide ada bagitau yang Jess kena sewa sarung untuk diguna.

Dalam gambar pertama dan kedua Jess tu, itulah sarung yang Jess sewa tapi Jess lupa sudah berapa. Maybe kalau Jess tau pasal ni sebelumnya, Jess boleh bawa selendang untuk lilit di pinggang Jess dan bajet Jess tidak tekacau sangat masa tu. Sudahlah memang travel on a tight budget kan.


Pura Luhur Uluwatu Temple


Lupa apa nama ni temple

So ingat gais ya, next time kalau kamu travel pergi Bali. kalau masa tu kamu banyak lawat temple pakai lah pakaian yang lebih paras lutut kamu so kamu tidak akan rugi untuk sewa sarung lagi. Tambahan lagi caj sewa sarung untuk yang lokal dan pelancong tidak sama ya. a bit expensive. atau pun boleh bawa selendang untuk kamu guna. Bayangkan sehari kamu pergi 4 temple yang berbeza dan kamu perlu sewa sarung di setiap temple. You do the math haha.

So I learn from my mistake, masa Jess pergi travel di Thailand on 2019. I did some research on dressing code untuk masuk temple di Thailand. So that is my dressing masuk di temple, as expected I save 300 baht that day visiting golden mount temple. Sebab masuk temple ni Percuma ja.



2. BAJET

Buat plan bajet terlebih dahulu dan pastikan kamu ikut bajet kamu semasa travel. Bajet untuk transport, penginapan dan makanan mesti sudah buat terlebih dahulu untuk mengelakkan kamu overspend. Paling bagus adalah cari tempat yang menarik kamu boleh masuk tanpa mengenakan apa-apa bayaran supaya bajet kamu boleh guna untuk benda lain.


3. PACK SMART

Jangan overpack, Jess cadangkan kamu plan outfit kamu setiap hari mau guna baju apa supaya kamu tidak perlu sumbat dan bawa barang yang tidak perlu. Best advice I can give lah, sekiranya kamu travel pergi negara yang ada 4 musim tu, terlebih dahulu kamu kena cek musim di tempat itu. Apabila kamu overpack takut nanti kamu terpaksa bayar extra charge masa di airport time check luggage kamu tu. 

Dan Jess mau share untuk barang macam perfume, skincare atau pun barang mandian, adalah lebih baik kamu guna bekas yang lebih kecil. Disebabkan untuk penerbangan domestik boleh lah kamu bawa, tapi untuk international memang ketat sikit rules dia. So kalau kamu travel international pastikan cosmetic semua yang berbentuk cecair tidak lebih daripada 100ml.


4. DOKUMEN

Sebelum kamu terbang, pastikan kamu buat salinan dokumen perjalanan kamu dan juga paling penting tiket kapal untuk balik kena print out ya. Ini untuk memudahkan kamu untuk berurusan di kaunter immigresen nanti. Sebab menurut pengalaman Jess sebelum ni masa travel pergi UK, kaunter immigresen sana minta salinan tiket balik Jess untuk pastikan yang Jess tidak overstay di UK. So pastikan sediakan sahaja ya.

5. BAG WRAP

Please remember, sekiranya kamu travel dan kamu putuskan untuk kasih masuk bag kamu di cargo. Beli lah luggage yang ada cover ataupun di airport ada sediakan servis untuk wrap bag kamu. Jangan lah kamu harap kunci manga di luggage kamu, sebab itu memang tidak akan menjamin keselamatan bag kamu. Ini disebabkan sekiranya berlaku insiden macam bag kamu pecah semasa proses pemindahan disebabkan kecuaian staff kapal. Atau zip rosak sekurang-kurangnya isi bag kamu masih selamat. Paling bagus Jess cadangkan balut bag kamu. Sebab itu akan mengelakkan orang untuk buka dan curi barang-barang kamu.

6.  BERHATI-HATI DENGAN SCAMMER

Ini Jess hampir kena masa di bangkok haritu, So bila kamu travel sebelum kamu pergi di satu tempat tu. Sentiasa biasakan untuk cari tahu taktik scam yang sangat popular di tempat tu ya. Bukan tempat menarik saja yang kita perlu tahu, benda macam ni kita kena sangat alert. Supaya kita tidak ditipu dan balik nanti dengan putih mata.

7. PENUKARAN MATA WANG.

Untuk elak kamu kena tipu, Jess sarankan agar kamu buat penukaran mata wang  di negara sendiri sebab tidak semahal kalau kita tukar di negara yang kita mau pergi tu. Atau kamu boleh tukar mata wang kamu di airport nanti.Cuma pastikan cari tempat penukaran mata wang yang transparent, maksudnya kedai atau tempat tu ada bagi kamu nampak currency dari semasa ke semasa.

8. BELI SIMCARD D AIRPORT.

Ini penting, Beli simcard lepas kamu landing di airport, dia memang banyak tu sim card dan plan yang sangat affordable. Ini akan memudahkan kamu untuk travel around at the same time kamu boleh update dengan keluarga kamu tentang keberadaan untuk pastikan keselamatan kamu ya. Paling penting kalau kamu travel solo elakkan untuk bagitau orang yang kamu baru kenal, kamu ni travel sorang diri. ini demi keselamatan diri kamu. 

So pelase be responsible with your own safety.

9. UBATAN DAN VITAMIN

Kadang ada perkara yang kita tidak dapat elakkan contohnya little accident, terjatuh ka atau sakit. Jadi ubat dan vitamin kena wajib ada, so kamu tidak perlu kelam kabut untuk cari dan spend duit kamu untuk beli yang baru. Wajib sediakan minyak angin, plaster luka, ubat seperti panadol.

Vitamin juga sangat penting untuk kamu bawa, untuk bagi kamu tenaga dan juga elak kamu daripada jatuh sakit.

Baiklah setakat ini sahaja dulu perkongsian Jess tentang tips travel ini dan semoga membantu.

See you guys on my next post!

Love, 
Jess

No Telefon : +6019-8213831 (Lebih cepat KLIK SINI)

Facebook Jasica Rabica
Facebook page : Shaklee Agent - 0198213831

Disclaimer : Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.


Choose Health, Choose Shaklee

#pengedarshakleelabuan #pengedarsahshakleekotamarudu #shakleedistributorseluruhsabah #shakleedistributorseluruhmalaysia #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments

Cute Sprout Pot