Hai friends!
Apa Khabar kamurang? Jess harap dari mana seja kamurang baca artikle Jess ni, kamu dalam keadaan yang sihat dan happy. Dan sekiranya kamu mau cari vitamin boleh dapatkan Shaklee dari Jess ya!
Kali ni Jess akan berkongsi 3 Amalan kebaikan yang Jess lakukan.
1. Berfikiran Positif.
Minda kita ni merupakan senjata yang paling berkuasa. Ini disebabkan apa yang kita lakukan pada hari ini, pencapaian kita dan rancangan kita semua bermula daripada minda kita. Apabila kita memiliki minda yang positif secara langsung hidup kita akan lebih tenang dan tertib. Kita juga mampu menangani masalah dengan lebih baik. Bila kita berfikiran positif dalam apa juga situasi secara langsung akan mempengaruhi kualiti kehidupan kita, persekitaran kita dan sosial circle kita.
Oleh itu, berfikiran positif juga akan dapat membantu dalam kesihatan mental kita yang lebih baik. Percayalah sekiranya kamu amalkan untuk sentiasa mempunyai fikiran yang positif dalam apapun situasi yang kamu hadapi percayalah kamu akan dapat melihat perubahan yang besar berlaku dalam diri kamu dan sekeliling kamu!
So positive thinking all the way!
2. Tulis Gratitude journal.
Kamu sudah pernah cuba tulis Gratitude Journal? kalau belum pernah... kamu patut cuba! Gratitude journal ni dia macam tulis diary tapi lebih kepada kita tulis benda yang kita syukuri yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Menulis Gratitude Journal ni sangat membantu dalam perbaiki emosi kita. Serta secara langsung mengajar kita untuk melihat sesuatu benda atau situasi dari prespektif yang berbeza dan memupuk mindset yang positif dalam diri kita.
Gratitude Journal juga secara langsung dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan stress dan dalam pada masa yang sama kita akan lebih menghargai hal-hal yang kecil.
So Jom start journaling dari sekarang!
3. Berdoa.
Apa pun agama kita, semua mempunyai tuntuttan yang sama iaitu berdoa dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Dalam kita menghadapi kesibukan hidup ibadah kita juga sangat penting. Dalam apa pun pekerjaan yang diberikan kepada kita. Bisnes yang kita buat, selain daripada berkerja keras dan berusaha kita harus sertakan dengan doa dan minta tuntunan daripada Tuhan dan penyertaannya.
Semoga apa yang Jess kongsikan ini dapat membantu kamu dan selamat mencuba ya!
dan jumpa di artikle Jess yang seterusnya!
Love, Jess
No Telefon : +6019-8213831 (Lebih cepat KLIK SINI)
#pengedarshakleelabuan #pengedarsahshakleekotamarudu #shakleedistributorseluruhsabah #shakleedistributorseluruhmalaysia #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments