Baru-baru ni saya berpeluang join satu kelas online dimana speaker dia adalah seorang saintis dan Doktor keluaran daripada Harvard Medical School yang bernama Dr.Redza Rahman. Disebabkan saya jauh di negeri bawah bayu Sabah dan kelas tu bertempat di Kelana Jaya, so saya join online kelas.
Kalau sebelum ni saya share berkenaan tentang Intermitten Fasting (IF) dan manfaat bagi individu yang amalkan IF ni. Kali ni pula saya akan berkongsi tentang ilmu yang saya dapat dari online kelas ni. Dalam kelas ni saya banyak ilmu yang saya dapat tentang apa akan berlaku kepada pada kita ketika berpuasa.
Yes... memang kita tahu secara umumnya puasa ni banyak kebaikan, untuk kurus dan untuk sihat tapi kalau dari segi sudut pandang perubatan kita tidak tau sangat kan. Dalam kelas ni juga saya belajar tentang keburukan intermitten fasting yang ramai tidak tahu. So Jom kita sama-sama belajar ilmu baru dan saya harap sharing saya bermanfaat untuk kamu ya.
Tahukah anda?
Bahawa 72 Jam adalah jangka masa sebenar untuk Intermitten fasting? Bukan 12 jam, 16 jam atau 24 jam. Tapi 72 Jam, dan tempoh masa ni juga effective sekiranya kamu mau nampak result dengan sangat cepat. Cuma di sini tidak ramai yang sebenarnya mampu untuk berpuasa sampai 72 Jam. Sebab itu ramai yang lebih memilih untuk mengunakan plan IF 16:8 , atau OMAD (One meal a day).
-SETIAP JAM BERPUASA ADA MANFAAT TERSENDIRI-
4 jam - 8 jam berpuasa :
‣ Hormon insulin akan menurun dan kandungan gula dalam badan juga akan menurun, disebabkan tiada lagi gula dari luar yang insulin tukar menjadi tenaga, maka gula simpanan yang ada di dalam badan akan dibakar untuk menjadi sumber tenaga.
12 jam - 16 jam berpuasa :
‣ Proses pembakaran gula simpanan untuk dijadikan sumber tenaga bermula, serta healing akan berlaku. Dalam pada masa yang sama sistem penghadaman akan mula berehat disebabkan tiada lagi makanan yang perlu dicerna.
|
Proses penukaran gula simpanan kepada sumber tenaga |
‣ Dalam tempoh masa ini juga hormon glukagon akan dilepaskan. Hormon ini yang akan tukarkan glikogen yang terdapat di dalam hati dan otot agar boleh diserap ke dalam salur darah untuk menjadi sumber tenaga. Selain itu HGH (Human Growth Hormon) akan meningkat dengan mendadak.
17 jam - 24 jam berpuasa :
‣ Autophagy akan diaktifkan, dari sini proses detox akan berlaku di mana sel-sel dalam akan memakan sel yang rosak atau sudah mati dan proses ini akan berlangsung sehingga 72 jam.
‣ Kimia Ketone akan dilepaskan dari hati dan masuk ke dalam aliran darah sebagai bahan bakar untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh serta menyokong fungsi otot. Hal ini berlaku apabila badan sudah tidak mempunyai gula atau glukosa yang mencukupi untuk menjadi sumber tenaga. Disebabkan tubuh kita perlukan tenaga baru, tubuh akan mula memecahkan lemak simpanan sebagai sumber tenaga.
36 jam - 48 jam berpuasa :
‣ Autophagy semakin meningkat, HGH (Human Growth Horrmone) juga akan meningkat, tubuh akan generate sel yang baru dan keradangan akan semakin berkurang.
72 jam berpuasa :
‣ Autophagy masih berlaku dan penghasilan set sel meningkat secara langsung yang juga akan meningkatkan sistem imun dalam tubuh.
Manfaat dia memang bagus untuk tubuh kita berpuasa selama 72 jam, sekiranya kamu ingin mencuba berpuasa dalam tempoh ini adalah sebaiknya kamu mula berpuasa dengan masa yang singkat terlebih dahulu. Agar kamu akan lebih terbiasa dan bersedia. Sekiranya kamu mempunyai masalah kesihatan tolong dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
KEBURUKAN INTERMITTEN FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU.
✓ Collagen dalam badan rosak.
Apabila kita buat intermitten fasting dan autophagy aktif proses itu akan menghalang dan merosakkan penghasilan collagen. Oleh itu ada sesetengah individu yang melakukan intermitten fasting dan mengalami pengurangan berat badan dalam masa yang singkat, kita akan dapat lihat perubahan yang ketara berlaku pada kulit mereka. Kulit akan menjadi kendur dan tona kulit tidak sekata. Ini boleh jadi disebabkan kandungan collagen yang kurang untuk membantu menganjalkan kulit.
✓Kulit menjadi kering
Hal ini terjadi disebabkan badan kita tidak mendapatkan nutrisi yang mencukupi di sepanjang tempoh berpuasa dan kita juga mengalami dehidrasi.
✓Gangguan emosi / Mood swing.
Intermitten fasting akan menyebabkan gangguan emosi kepada individu yang melakukannya, berpuasa akan menyebabkan kandungan gula dalam darah rendah dan secara langsung boleh membuatkan kita marah. Hal ini juga akan menyebabkan kita sukar untuk fokus dan boleh menyebabkan kemurungan kepada sesetengah individu.
✓Lapar dan Craving yang berlebihan.
Intermitten berpuasa boleh menyebabkan kita craving bermacam-macam jenis makanan dan sekiranya kita tidak dapat kawal keinginan ini maka kita akan lebih cenderung untuk makan lebih banyak dari kuantiti sepatutnya pada tempoh kita tidak berpuasa.
✓Sukar untuk tidur.
Intermitten fasting akan meningkatkan growth hormon di dalam badan dan apabila ini berlaku maka individu itu akan menjadi lebih aktif dan bertenaga, perkara ini akan mengakibatkan mereka mengalami insomnia dan sukar untuk terlelap. Bagi mereka yang terbiasa makan sebelah malam pula akan menjadi masalah apabila mereka tidak dapat tidur dengan perut yang lapar. Kesukaran untuk tidur ini apabila berlanjutan akan menganggu emosi kita.
✓Perubahan dalam kitaran haid bagi perempuan
Ada sesetengah wanita akan mengalami ganguan dalam kitaran haid ini adalah disebabkan pengambilan kalori yang tidak mencukupi akan menganggu keseimbangan hormon sesetengah wanita yang berpuasa.
Maka dari itu, adalah digalakkan untuk buat research tentang intermitten fasting ni terlebih dahulu sebelum kita terus lompat dan buat. Sebab masalah-masalah yang saya sebutkan tadi mungkin akan berlaku dengan anda.
SISTEM PERUT
Mari belajar dan kenali beberapa hormon yang ada di dalam badan kita yang menghantar isyarat ke otak kita. Antara hormon yang terlibat adalah Insulin, Ghrelin, Leptin dan Incretin. Setiap hormon ini mempunyai peranan-peranan mereka yang tersendiri di dalam badan manusia.
INSULIN juga dikenali sebagai hormon lapar yang dirembeskan oleh pankreas. Hormon ini berperanan untuk kawal gula dalam darah agar tidak menjadi terlalu tinggi (hyperglycemia) atau terlalu rendah (hypoglyecmia). Apabila badan kita terlebih gula insulin akan menghantar isyarat ke otak.
LEPTIN adalah hormon kenyang yang dihasilkan oleh tisu adipose (sel lemak).
apabila badan kita , hormon leptin akan menghantar isyarat ke otak (bahagian hypothalamus) untuk kurangkan nafsu makan dan kawal pengambilan makanan.
GHRELIN merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel-sel perut untuk meransang nafsu makan dan meningkatkan pengambilan makanan. Tetapi kamu harus berhati-hati dengan hormon ini kerana kadangkala nafsu makan itu tidak semestinya kita ingin makan, mungkin saja kita cuma perlu minum. Adalah disarankan untuk minum air putih terlebih dahulu sebelum makan untuk mengenalpasti sama ada kita lapar makan atau sebaliknya.
INCRETIN hormon yang akan hantar isyarat ke otak apabila badan kita terlebih gula.
Mengawal pengambilan makan boleh menyumbang kepada proses penurunan berat badan. Salah satu cara adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Kerana apa yang kita makan itulah nanti tenaga yang badan kita akan gunakan. Secara ringkasnya " Kalori dimakan = kalori yang dibakar/digunakan.
Kegagalan seseorang untuk mengawal pengambilan makanan mereka akan menyebabkan berat badan bertambah. Ini oleh kerana tenaga yang dibekalkan melebihi tenaga yang digunakan, dan lebihan tenaga yang tidak digunakan itu akan disimpan sebagai lemak. Dan apabila benda ini berpanjangan ini yang akan menyebabkan gangguan kepada hormon dan menyebabkan berat badan dan masalah kesihatan lain berlaku.
Sebaliknya apabila tenaga yang dibekalkan kurang daripada tenaga yang digunakan, disini simpanan lemak akan digunakan badan sebagai sumber tenaga. Dan apabila ini berlanjutan proses penurunan berat badan akan berlaku.
Antara kaedah pengambilan makanan yang boleh di ikut adalah "suku-suku separuh".
Kamu juga harus tahu, pengambilan sekurang-kurangnya 100mg karbohidrat adalah perlu untuk otak berfungsi. Ini merupakan kesilapan yang dilakukan segelintir individu apabila melakukan Intermitten fasting. Tapi Karbohidrat yang diambil haruslah yang tidak diproses contohnya mee goreng atau karbohidrat yang telah dicampur bahan perasa atau lain-lain sseperti nasi goreng. Nasi putih adalah sumber karbohidrat yang terbaik.
Tapi Awas! pengambilan karbohidrat adalah mengikut sukatan yang seharusnya kerana, pengambilan karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan gula dalam badan kita akan menghantar isyarat ke otak kita bahawa kita masih lapar dan aktifkan hormon insulin. Hormon insulin ini bagus sekiranya dalam paras yang terkawal.
APA AKAN BERLAKU SEKIRANYA INSULIN BERLEBIHAN?
Hormon insulin berlebihan akan menyebabkan kerosakkan kepada hormon leptin (hormon kenyang) dan hal ini akan menyebabkan insulin menyekat leptin untuk menghantar isyarat kepada otak. Sekiranya Leptin ini rosak maka hormon yang lain juga akan turut rosak.
Komplikasi daripada kerosakan leptin ini akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti darah tinggi, haid tidak teratur, masalah sakit jantung dan yang lebih teruk adalah masalah tiroid.
|
Antara masalah kesihatan akibat kerosakkan hormon leptin.
Apabila kita tidak mengambil makanan berkalori selepas 4 ke 6 jam, pankreas akan menghasilkan glucagon dan berperanaan untuk menggunakan gula simpanan dan lemak simpanan menjadi sumber tenaga. Hal ini hanya dapat berlaku sekiranya seseorang itu tidak makan lebih daripada 6 jam ataupun ketika mereka berpuasa. |
APA ITU AUTOPHAGY?
Autophagy adalah perkataan yang berasal daripada bahasa greek bermaksud "Makan diri sendiri" ini adalah seperti mana yang saya kongsikan tadi, apabila kita berpuasa sehingga 17 jam. Autophagy ini akan diaktifkan dan apabila badan kita lapar dan sel-sel tubuh kita pun akan ikut berlapar.
Oleh itu Sel yang lapar ini akan mula memakan sel-sel dirinya yang sudah tidak digunakan lagi dan sel yang rosak serta sel yang mati. Proses ini juga agar sel-sel tersebut tidak akan menjadi sampah dalam tubuh kita dan yang nantinya akan menghasilkan sesuatu yang bakal membahayakan tubuh kita.
Secara langsung apabila kita berpuasa dalaman kita akan membersihkan dirinya sendiri dalam kata lain "Detox"
Selain intermitten fasting cara lain yang boleh mendorong dan menyokong Autophagy ini berlaku adalah :
- Mengambil lemak yang sihat.
- Mendapatkan tidur yang berkualiti.
- Bersenam
Suppliments juga adalah salah satu support sistem yang boleh membantu kamu untuk melakukan intermitten fasting dan mengurangkan kesan-kesan buruk yang boleh berlaku seperti yang saya sebutkan tadi. Antara supplements yang boleh aktifkan autophagy adalah Resveratrol, Astaxanthin, Berberine, Citrus Bergamot dan Turmeric.
Dan Supplements terbaik shaklee yang boleh membantu kita untuk melakukan intermitten fasting untuk memperolehi proses autophagy ini adalah :
Vivix : kerana mengandungi resveratrol yang tinggi.
Pengambilan collagen ini adalah untuk mengantikan collagen kita yang tidak dapat dihasilkan disebabkan proses autophagy seperti yang saya sebutkan sebelumnya.
Supplements terbaik yang boleh membantu kamu untuk melakukan intermitten fasting bah kan tidak mustahil kamu boleh lakukan selama 72 jam adalah 3 suppliments yang saya sebutkan. Di mana supplements ini akan memastikan badan kamu kekal bertenaga, serta menutup jurang nutrisi yang badan kamu tidak dapat semasa tempoh berpuasa.
Setakat ini sahaja dulu perkongsian saya dan semoga perkongsian ini bermanfaat.
Jumpa lagi di entry saya yang seterusnya.
Love, Jess.
No Telefon :
+6019-8213831 (Lebih cepat KLIK SINI) Facebook page : Shaklee Agent - 0198213831
Disclaimer : Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.
Choose Health, Choose Shaklee
#pengedarshakleelabuan #promosishakleemarch2023 #setkurusshaklee #berpuasadengashaklee #pengedarsahshakleekotamarudu #shakleedistributorseluruhsabah #shakleedistributorseluruhmalaysia #setberpantang #setmenyusu #setbasicshaklee #blogmegashaklee2.0 #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
No comments